Wednesday, April 27, 2016

Cari Duit Dengan PTC - Clixsense

Pada post sebelum ini saya ada bagi tahu yang anda boleh mencari dan mendapat duit dengan PTC bukan. Jadi disini saya ingin kongsikan laman web PTC yang telah saya gunakan dan terbukti memberikan bayaran. Website PTC yang saya gunakan adalah Clixsense.

Clixsense merupakan sebuah website ptc (paid to click). Ia ditubuhkan sejak February 2007. Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan disini untuk mendapatkan duit didalam website ini. Antaranya adalah :

1) View Ads
2) Menjawab surveys
3) ClixGrid Game
4) Melakukan Tasks dan byk lagi.




Clixsense


Bayaran yang dibuat oleh clixsense adalah melalui Paypal, Payza, Netteller dan Paytoo. Jadi anda perlu ada akaun daripada sumber tersebut untuk membolehkan bayaran dibuat kepada anda. Saya menggunakan Paypal untuk cashoutkan balance saya. Jika anda belum memiliki akaun Paypal dan sebagainya, anda perlulah mendaftar dahulu dengan website terbabit untuk membolehkan proses pembayaran dilakukan.

Jumlah minimum untuk cashout balance untuk standard member(keahlian percuma) adalah 8 dollar dan 6 dollar untuk premium member(keahlian yg diupgrade daripada standard member/keahlian berbayar). Setiap bayaran akan dibayar dalam US dollar. Jadi kalau convertkan US Dollar dengan Ringgit, bayaran yang anda dapat memang membuatkan anda tersenyum.


bukti bayaran clixsense



Gambar diatas merupakan wang yang saya telah perolehi dengan Clixsense setakat ini. Anda boleh dapat lebih daripada ini sekiranya anda rajin dan consistent.


Pada mulanya anda mungkin berasa keliru dan tidak tahu hendak mulakan dari mana. Anda perlu explore setiap perkara di website ini untuk membolehkan anda menjadi lebih mahir dengan selok- belok website ini. Anda juga boleh pergi ke forum yang terdapat di dalam website ini untuk berhubung dengan ahli clixsense yang lain. Jangan bimbang, terdapat forum dalam Bahasa Malaysia.

Tips: Rajinkan diri utk selalu login dan view ads. Jawab survey dengan jujur dan kena sabar. Jangan putus asa jika duit yang anda dapat tidak banyak.Teruskan membuka website Clixsense setiap hari. Selamat mencuba ;)

Ada banyak lagi website lain yang boleh anda sertai untuk menjana pendapatan online. Ada perlu rajin untuk research dan cari apa yang sesuai untuk anda dan cari website yang bukan scam. Nanti saya akan sharekan lagi website yang boleh mendatangkan pendapatan online. Selamat mencuba :)



Tuesday, April 26, 2016

Cari Duit Dengan Survey & PTC

Hello semua, tahukah anda bahawa anda boleh mencari duit dengan survey & PTC ? Bagi anda yang masih belum tahu lagi, anda sememangnya boleh mencari duit dengan survey & PTC. Duit yang anda perolehi bergantung kepada berapa banyak survey & PTC yang disertai. Ada banyak website yang menawarkan survey & PTC berbayar ini.Anda perlu research dan pilih website yang terbukti memberikan bayaran kepada penggunanya. Di sini saya akan sharekan beberapa website yang saya sendiri telah cuba.

Apa itu PTC?


PTC merupakan singkatan kepada Paid To Click. Bayaran akan diberikan kepada  pengguna yang melihat iklan yang di klik dalam website PTC tersebut. Clixsense merupakan website yang saya telah cuba dan terbukti memberikan bayaran. Saya akan memberi tahu cara menyertai Clixsense di post yang seterusnya.

Apa itu survey?


Survey merupakan kajian yang dilakukan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk mendapatkan data yang diingini. Dalam website yang menyediakan survey berbayar, pengguna akan dipilih menjawab survey yang disediakan berdasarkan kesesuaian pengguna itu terhadap survey yang akan dilakukan. Ipanel Malaysia merupakan website survey berbayar yang saya tealah cuba dan terbukti memberikan bayaran. Penjelasan lanjut akan saya kongsikan di post seterusnya.